Friday, December 25, 2009

mood keagamaan~

Tuhan..
aku mengakui diri ini telah melakukan berbagai2 dosa2 dunia
yang telah Kau janjikan azab sengsara.
azab yang kekal selama2 nya.
sesungguhnya aku tak berdaya menahannya.
namun aku mengakui kebesaran Mu,tidak berbelah bagi
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan..
ku akui bahawa aku adalah hamba yang mungkir pada janji2 yang telah dilafazkan
berdusta pada setiap perkataan yang dilafazkan
tidak bersyukur pada nikmat Mu yang diberikan kepada ku.
namun Kau jadikanlah taubat ku didunia ini sebagai pembahagi kepada dosa2 ku.

Tuhan..
telah aku menzalimi diri ini dengan melakukan larangan Mu
sekiranya Kau tidak mengampuni dan tidak juga Kau rahmati taubat ku
betapa ruginya diri ini kerana tidak mengikut petunjuk Mu

Tuhan..
jangan Kau palingkan hati ini setelah Kau turunkan hidayah kepada ku
jangan Kau tutup pintu hatiku dari menyayangi Mu
sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

No comments: