Monday, November 30, 2009

bulan yang baru~

assalamualaikum sume..
akhirnye panjang jugak umo kite dapat merasa bulan disember.huu~
sebenarnye memang agak banyak jugak kejadian yang menimpa abang lan bulan lepas.
n ada diantaranye menjadi penyebab kepada beberape efek pade abang lan.

sebenarnye abang lan xsuke jadi macam sekarang.
asyik nak marah2 n cube nak cari kesalahan POLIS.cam asyik xpuas ati..xkeruan..marah..
tu sume berlainan ngan ape yang abang lan amalkan n praktikkan selame nie..huu~

so dengan masuknye bulan yang baru nie, abang lan nak tinggalkan sume yang da lalu, buang sume perasaan yang menyesong dari diri abang lan yang sebenarnye~

harap korang sume bantu la abang lan k?
kekadang seseorang itu memerlukan bantuan sebab xde manusia yang sempurna dalam dunie nie~huu~

Tuesday, November 24, 2009

petua mendapat pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

p/s:abang lan pown baru dapat tau bende2 nie sume..same ade nak cube atau x, tu persepsi korang.selamat mengamalkannye~huu

hari yang menyedihkan~(part 2)

asalamualaikum sume..
atas permintaan peminat blog nie, abang lan akan menyambung hari yang menyedihkan dalam part 2 nie.
spt yang korang sume da bace dalam part 1, sebenarnye tu la 1st time abang lan kene saman.
orang cakap cari pengalaman kene saman.
pasnie memang makan helmet la mane2 polis yang nak saman abang lan.
xbole ar tetibe nak kasi orang duit camtu jep.kesalahan bukan bole disettlekan dengan duit la pakcik polis. tu pown xle pk ke..idup kat dunie nie da bape lame pown bebal.

ok sambung semula tuk part 2 ye.
pada malam 19/11/2009 nie pulak, abang lan kuar la tgk wayang kat alamanda.
tgk cite 2012.cite punye la lame.sipnosis cite macam la dunie nie hancur, last2 xjugak~hampe tol!
patu pas aje tgk wayang,pegi la kat pat paking moto.

mule2 mate da agak kuyup coz ngantuk kowt.
xpasan sumething da berlaku kat moto tuh.
so dgn hati yang agak kosong, abang lan pown bkk la kunci kat break disc moto.
sampai2 jep nak bkk knci seat moto kat blakang, abang lan pegang la helmet putih macho, tetibe rase len semacam..
terdetik dalam ati:"haik,apasal helmet aku jadi kosong jep nie?"
sekali tgk rpenye da bertukar jadi helmet bujang sepah yg xde span..sob3...
helmet abang lan kene rembat kat alamanda~uwaaa~

pade mase tuh, kene plak najeh ad kat situ mase tuh.ape lagi, puas ati abang lan kene gelak ngan die kat situ gak sampai la ke uniten.huh~nak wat cane kan..da nasib badan..

xsampai setahun pown abang lan bersama2 helmet tuh.
xbanyak kenangan manis yang abang lan dapat semasa abang lan bersama2 dengan helmet putih tuh~sob3..ad jugak orang nak rembat helmet kan?kalu da xberkat, die excident sure mati.
kesian tul kat orang yang rembat helmet abang lan tuh.
xpe la, abang lan halalkan la helmet tuh.
arap2 helmet tu dapat lindungi die bile die excident nanti.

jadi itu lah kenangan pahit abang lan.xpahit mane pown bagi korang.
arap2 nanti korang pown kene la skali k?
patu nanti kite kongsi same2 kat sini..hikhik
tapi bak kate orang, hidup nie selalu adil.
kalu sesuatu yang buruk berlaku pade kite dan kite sabar mengharunginye, sure kite akan dapat balasan yang setimpal.
pade abang lan, rasenye da dapat kowt balasan tuh.
coz abang lan ad dapat 1 hari yang mengembirekan dalam idup abang lan.hehe..
korang sume nak tau?
doa2 la abang lan terdetik nak bercerite tentang ini ok?
sebab hal nie berkait rapat dengan isi hati abang lan.huu~
sehingge kite bertemu lagi dengan cerite yang lain~

Thursday, November 19, 2009

hari yang menyedihkan

hurm~
kekadang kite sendiri xdapat nak jangka sesuatu akan terjadi.
sebab itu manusia mencipta satu istilah, iaitu kenangan.
kenangan lak terbahagi kepada 2, pahit n manis.
ari nie abang lan nak cite kat korang kenangan pahit yang baru saje terjadi pade abang lan.

hari khamis, 19/11/2009
permulaan hari nie sangat indah.
bangun pagi, makan sarapan, tolong bonda g kedai beli barang dapur.
pukul 11.00 pagi bermula lah detik2 pahit dalam hari khamis nie.
mule2 niat nak cari kedai beli barang. cari dan mencari, xsedar da sampai bandar.
xkesah la kan.lagi senang nak cari kalu kat bandar.
akhirnye jumpe gak kedai yang dicari.
sesudah saje abang lan membeli barang, yela pas beli balik la kan.nak watpe lagi.
tabiat abang lan nie kalu pakai helmet memang slalu terlupe nak ikat tali topi keledar.
dengan selambe tenuk, terus la bawak moto menuju ke rumah.
sampai satu port nie, ad 2 jalan balik.satu agak jauh n sesak, satu lagi dekat skit tapi sesak jugak.

so abang lan pown amk la yang dekat. orang melayu kan, nak yang senang jep.skali amk kau~
lepas abang lan belok lorong yang dekat tuh, TASS! ad polis trafik~terus kene tahan..
2 kesalahan abang lan kene:
1)xikat topi keledar(memang pentol!)
2)stiker P belakang xde(abang lan masih P lagi.huu)

da kene 2 kesalahan, sape xrase kerugian kan?ape lagi, oye2 la abang lan ngan pakcik polis tuh.
cakap baru balik dari U la, moto ayah la, baru kuar kedai la..macam2 la alasan.tapi pakcik tu tepis!xnak time satu alasan pown.
tapi akhirnye die bagi offer.

pakcik polis:"macam nie la.aku xsaman due2.ko pilih mane satu yang ko nak"

abang lan:"kalu xya kene due2 xle ke encik?"

pakcik polis:"xleh. saman tetap kene.cepat pilih ko nak yang mane"

abang lan:"erm..bole x saye nak yang xkene bayo lebih?"

pakcik polis:"wahahahahahahahahahaha!ko ingat nie supermarket ke men pilih2 barang murah."

abang lan:"eh pakcik nie kang..aku ngurat anak dare ko patu tinggalkan kang baru tau"(dalam ati)

pakcik polis:"okey lah.aku saman ko xikat topi keledar.yang nie 70 inggit je"

abang lan:"je?!!!kepale jub2 pakcik la.saye blaja lagi.70 inggit tu da macam 700 inggit.macam2 bahan masakan saye bole beli ngan 70 inggit."(dalam ati)

pakcik polis:"nah, duration 2 bulan.xbayo, aku tangkap ko bawak masuk jail"

abang lan:"yelah saye bayo la.nanti saye da kaye,saye amk anak pakcik keje,tiap2 bulan saye tolak gaji die 70 inggit coz pakcik wat saye ilang duit 70 inggit sekarang."

pastu abang lan pown gerak ar dengan ati yang sedih + marah + terkilan.
sampai sini dulu kenangan pahit abang lan tuk part 1.
nanti kite sambung tuk part 2 plak k?huu~

Friday, November 13, 2009

penjelasan~

Assalamualaikum sume..
hari nie abang lan nak terangkan tentang sesuatu yang sering kali di salah erti oleh sume remaje2 zaman sekarang nie.
korang sume msti kekadang keliru tentang maksud kawan, teman n sahabat kan?
memang ketige2 nie membawa maksud yang hampir same, tetapi bile kite bagi lebih specific, sebenarnye ketige2 nie membawa maksud yang tersendiri.

kite mulekan dengan maksud kawan.
kawan nie sebenarnye lg senang dikatekan sebagai kenalan.
kite bole berkawan dengan berbagai2 jenis orang.
xsalah kalu kite nak berkawan ngan dak2 jahat, terencat, mantul.
ramai kawan watkan idup kite xkensunyian.
kite pown bole dapat macam2 pengalaman idup bile kite ramai kawan.

dalam ramai2 kawan kite, xsume yang kite bole jadikan sahabat.
sahabat nie di mana seseorang yang rapat dengan kite.
selalu ad bile kite memerlukan die.
kekadang kite sendiri xperasan yang bile kite dalam kesedihan or dalam kesusahan,
die selalu ad tuk kite.tu baru kite klasifikasikan sebagai sahabat.
seseorang yang xkan kenal erti jemu or meluat dengan kite tetapi selalu ad tuk membantu kite dalam mengharungi idup di dunie nie~

dan dalam kalangan sahabat kite nie, kekadang jugak kite akan terjatuh hati kat die.
jatuh hati dengan kebaikan yang die bagi. keperihatinan yang ditunjukkan kepada kite.
maka dngan itu orang ini kite panggil die teman coz dengan die, segala bende2 peribadi kite bole cerite coz isi hati manusia xle diceritakan kat sebarang orang.
teman nie ibarat pasangan hidup.xkan wujud istilah teman tapi mesra coz nie seperti mengajar seseorang tuk bermain dengan perasaan manusia.

dengan penjelasan tu sume arap2 tidak akan timbul lagi kekeliruan dalam kehidupan kite.
kamu sume bole gak mencari sumber yang lain n bole kongsikan bersama di sini..
huu~

Tuesday, November 10, 2009

indahnya cuti~

akhirnye sampai gak abang lan di muar..(padahal da lame sampai sabtu lepas)
ingatkan muar da banyak perubahan..bukan xde, tapi xbanyak..
wetex sekarang da nak same cam alamanda.hikhik~kalu xcaye, datang la wetex muar.huu~

sampai2 uma jep, mak bagitau da ad anak kucing. 3 ekor lak tuh..
sume comel2 oOo..bagus la kan..sekurang2 nye kalu mak duk sorang2, ad gak anak2 kucing nie meneman..maklum la anak2 mak sume da blaja jauh..duk asrama..
huu~

tapi balik nie abang lan xkuar jejalan pown.juz kuar ngan mak ayah jep aritu sesaje jejalan cari barang. abang lan da nak men tenis smule.dengan itu, beli la dumbell kaki.75 inggit tuh..tapi abang lan tetap beli gak..nak terer men tenis kene ad pengorbanan.hihi..~

tetibe terase malas lak nak taip panjang2..nanti abang lan cite bende laen lak k?
walaupown cite2 nie sume xbape nak menarik, thx kepada yang sudi membace..huhu~

Monday, November 2, 2009

kebebasan~

assalamualaikum sume..
hurm~agak lame gak xdapat menaip sebegini hepi + tenang.
kenape?
sebab sekarang abang lan da abis final exam!
hoho!
kire2 dari abis exam sampai la ke ari nie, baru 2 ari jep..
tapi malam semalam ad la gak g oye2 jap..
xkemana pown..
juz ad orang blanje makan buffet kat tupai2 kL.
thx to janggut yang baru dapat YTN.
memberi abang lan pengalaman pertama makan buffet semalam.
memang agak banyak gak kitorang makan.abang yang keje situ sampai susah ati takut diorang shot profit coz kitorang makan memang agak banyak coz takut kalu makan skit kang xberbaloi bayo memahal kan.

lepas makan, dengan perot yang agak menggodang, pegi la karoke 2 jam setengah.
disebabkan abang lan terlalu kenyang, jadi la 3 lagu rock kapak.
-romantis
-dalam gerimis
-biar pedih hati terhiris
kalu nak di ceritakan la, lagu2 nie berkait rapat ngan kehidupan abang lan.
walaupun xbape nak 100% la kan.maklum la, orang xde awek memang canie~
hikhik~
lepas 2 jam lebih karoke, kitorang jejalan lak g bukit ampang saujana.
dari situ, kite bole nampak 1 kL.
tmpat tu memang cam tempat mat2 rempit, tapi sume orang niat nak lepak n xnak wat hal.
so, mat2 kete, mat2 moto sume bole duduk 1 tempat same2 gelak, lepak2 kat sane.
cam gerekkan?
nie la orang kate malaysia.
ad puak, tapi bole duduk sama tempat.
huu~
tapi kenape ad pihak len yang xsenang hati ngan diorang ek?
Polis2...orang xde wat hal time tu la die datang halau la, wat rondaan la.
xke bengong tuh..pegi la perambat matnyah ke..orang isap dadah ke..
nie orang nak amk ketenangan gak yg die kaco..

pas lepak2 kat sane, kitorang pown balik..
maka dengan itu tamat la aktiviti lepasan exam kitorang.
memang ad rancang nak g oye2 lagi.
tunggu jep la citenye pasnie k?
daaa~