Thursday, October 29, 2009

10 kata - kata kebaikan

1)Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman

2)Dunia ini umpama lautan yg luas. kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3)Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4)Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5)Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6)Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7)Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih - buih sabun. Bila - bila masa ia akan pecah.
8)Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9)Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10)Kata - kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata - kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Wednesday, October 28, 2009

jom karoke~

Assalamualaikum sume..huu...
arinie kite nak release2 tension lak.
maklum la orang kate minggu2 exam nie kan.
lagu nie amat la seronok didengar dan banyak membawa maksud tersirat.
maybe xde sape yang tau, n mybe ad gak yang tau.
pape pown mari kite same2 layan lirik lagu nie.
sesape yang nak dgr lagu nie, cari2 la kat internet k?
selamat melayan~

Romantis

Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu

Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

( ulang dari 1 )

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu Kaulah kekasih

Saturday, October 24, 2009

betul ke x, cube kite tanye tuan pnye badan~

> Tersurat dan Tersirat
>
> Kategori: Lelaki Cinta | 96 Ungkapan Cinta
> Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))
>
> Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
> Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
>
> Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
> Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
>
> Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
> Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
>
> Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
> Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
>
> Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
> Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
>
> Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
> Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
>
> Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
> Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
>
> Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
> Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
>
> Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
> Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
>
> Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
> Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Friday, October 16, 2009

saya kalah!

Assalamualaikum sume.
arinie abang nak cite kat korang sume ape yang terjadi kat abang semalam.
sob3...
sedih bango lorh..wuaaa(esh, kawal perasaan)
semalam ad la sorang cewek nie (najeh)ajak abang men bowling.
ad ke patut..ajak hero bowling g men bowling kan..
dengan rase confident sure menang, abang pown g la ngan die..
kitorang men la 2 set game..
keputusan game pertama:

abang:86 mata
najeh:95 mata

mule2 ingat sesaje jep bagi die menang. bese la kan, hero industan slalu kalah dulu.patu baru show off akhir2..
tapi xdi sangke yang die membesar dalam perlawanan pertama tuh
keputusan game kedua:
abang:119 mata
najeh:139 mata

kesudahannya abang kalah pada aweks bernama najeh.hikhik..
moral dalam peristiwe nie adk2, manusia nie kekadang di atas, kekadang di bawah. bile kite di atas, jangan lupe pandang orang2 yang dibawah supaya bile kite plak dibawah, yang di atas xkan lupe tuk pandang kite yang sedang berada di bawah..kerana hidup ini adil.xde sesiapa pown yang mendapat lebih di dunie nie~
ENJOY LIFE WELL!!

p/s:najeh, len kali kite repeat balik men bowling.bile sampai mase tu, aku akan berada di kemuncak!yargh!hikhik~





Sunday, October 11, 2009

mari kite berkongsi~

sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita
ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.
dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
jadilah kita kawannya itu.
kita selalu melihat dia
ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tak setabah yang kita
sangka.
disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tidak tahu...tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Friday, October 9, 2009

kesedihan hari~

haluu kengkawan sume..
dari dulu sampai la yang da latest, asyik cite kisah menarik dan riang.
kali nie abg nak cite bende sedih dan mendatangkan kemarahan plak.

stat dari pagi, bangun da lambat, tido balik lepas subo.ingat malas nak g kelas, tapi teringat lak ad assignment.nak x nak gerak gak. datang2 jep assignment tu bole anta minggu depan. rugi nye datang!!!!mase tido dibazirkan...marahnye!!

lepas tuh nak g amk exam ticket.nak g amk, ad skit conversations

akk uniten(1):"adk kene block nie.nak kene unblock kat finance"

abg bro:"oh yeke?thx gtau.name saye alan.selamat berkenalan"

dan tuh abg pown g la finance.

akk uniten(2):"eh,adk xle nak unblock.utang uma xbayo lagi mane dapat nak unblock"

abg bro:"saye kene baya bape kak?"

akk uniten(2):"campo2 sume, ade la dalam 550 inggit adk utang.da bole baya da dik.akk sampai
xde gaji da nie"

abg bro:"sowy kak.saye baya sekarang k?"

lepas g kuar duit, abg pown bayar.lepas baya, kene unblock kat counter len plak.

akk uniten(3):"adik da bole unblock, tapi kite bagi pelepasan tuk amk exam ticket jep.nak wat register subjek sem depan, adk kene baya 1/2 dari yuran dulu baru bole dapat time slot."

abg bro:"tapi kak, saye xde duit~"

akk uniten(3):"x2, adk kene baya gak."

dengan keadaan yang agak lemah longlai, abg balik dengan keadaan hampa.
da amk dah tiket exam, tapi xdapat time slot.
abg xde duit nak baya.
mane nak cari 3000 inggit dalam mase 1 jam 15 minit.
last2 time jep keadaan dan bergantung pada nasib.
79% kebarangkalian abg akan kesorangan sem depan.
xdapat sekelas ngan mmbe2 lame lagi~

p/s: jalan cite nie da diubah suai skit tuk pahaman kengkawan sume.cite asal adalah hak milik kekal ati dan perasaan.huUU~

Sunday, October 4, 2009

mari membaca!

Assalamualaikum sume.
trimas coz mengikuti perkembangan blog nie.
arinie abang nak mengajar adik2 menterjemahkan bahasa inggeris kepada bahasa melayu.
arap2 adik2 sume dapat belajar k?

pendrive = pen memandu

babysitter = penduduk bayi

underwear = pakai bawah

handphone = telefon tangan

cd burner = pembakar cd

soft drink = minuman lembut

12 sharp = tajam 12

hands free = tangan percuma

smoker = pengasap

ok sampai di sini dulu.sehingga kite berjumpe lagi..cepat2 la belajar k?huUu~


Thursday, October 1, 2009

soalan yang agak sukar dijawab~

kalu anda dapat soalan2 macam nie, ape yang akan anda jawab?

1.jika ada 2 orang,akak/abang n awek/pakwe mintak pertolongan dalam mase yang same, sape yang kamu akan pilih tuk tolong?

2.ape yang kamu akan buat bile da sayang seseorang tuh, tapi takut die akan pergi dari kamu?

3.ape yang kamu akan buat jika kamu sedang merasakan "kehilangan"?