Saturday, December 25, 2010

Keistimewaan perempuan

Assalamualaikum kengkawan sume.
tajuk entry kali nie agak menarik gak kan?hihi
ape salahnye..abg lan kan lelaki.
lelaki sepatutnye mengambil berat tentang perempuan kan?
so arinie abg lan nak kongsi skit tentang keistimewaan perempuan nie.
mybe ad yg kengkawan da tau, ad gak kengkawan xtau dan ad gak yg kengkawan tau, tp abg lan xtau.same2 la kite kongsi di sini k?

1)apabile kite dipanggil oleh ibu dan ayah kite pade mase yg same, sahutlah panggilan ibu dahulu.

2)kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

3)wanita yg tinggal bersama2 anaknya akan tinggal bersama2 Nabi Muhammad S.A.W di dalam syurga.

Dan ini adalah keistimewaan yg paling wanita inginkan dalam kehidupan mereka:

1) Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

2)Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

3) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.

4)Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

5)Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

-sume perkara diatas membuktikan betapa Islam memuliakan perempuan.
-ape yg terjadi sekarang , kebanyakan perempuan tidak menghargai kemuliaan ini.
-banyak kes2 melibatkan maruah peremuan, dan akhirnya lelaki dipersalahkan.hal ini memang tidak dapat dinafikan.tetapi jika tidak ada perempuan yg memakai pakaian yg membuka aurat, memakai wangi - wangian yg bole menaikkan syahwat, adakah mereka2 ini iaitu lelaki terdetik untuk melakukan perkara2 demikian?
fikirkanlah..kerana 1 ari nanti, kite juga akan mempunyai anak perempuan, cucu perempuan,isteri~

sehingge kite bertemu lagi~





Friday, December 24, 2010

khutbah jumaat 1 (sambungan)

assalamualaikum kengkawan sume.
spt yg dikatakan, dalam entry nie abg lan akan sambung tentang penerangan khutbah yg telah abg lan kongsikan kat entry lepas tu.

1)kite mule dari yg kedua(sebab yg 1st xsempat dgr) dimana ia mengatakan bahawa manusia nie terlalu cintakan bangunan2 yg besar sehingga melupakan kubur mereka yg sempit dan gelap gelita.mereka ini terlalu mengejar keselesaan dunia dengan memiliki rumah2 atau kawasan yg luas untuk kepentingan diri sendiri dan lupe pada pengakhirannya mereka akan ditempatkan didalam kubur.tiada peneman dan penyeri, tetapi didatangkan dengan pengukur segala amalan kita didunia.
digambarkan bahawa dialam kubur,sebelum malaikat mula menyoal 6 soalan, didatangkan kepada kite sesusuk tubuh yang menunjukkan rupa amalan kite didunia ini.cantik rupanye maka baiklah amalan kita dan sebaliknye.

2)seterusnya dikatakan manusia ini terlalu mencintai sesame mereka sehinggakan ia lupe akan cinta kepada-Nya.perkara inilah yg paling kita takuti, iaitu terlalu mencintai manusia, lebih dari kita cintakan Allah S.W.T.
cinta itu fitrah.setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada mencintai dan dicintai sesama mereka.tetapi manusia zaman sekarang ini terlalu taksub dengan perasaan ini sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja demi hubungan sesama mereka itu.mereka sanggup membelakangkan batas2 agama dan juga melupakan cinta mereka kepada Allah S.W.T.
bukan itu sahaja, manusia zaman sekarang sudah mula mencintai sesama jantina dimana wujudnya golongan gay dan lesbian.hal ini 100% telah membelakangi agama Islam yang MENGHARAMKAN hubungan sejenis.
Allah menjadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam semasa baginda sedang lena tidur.kenapa Allah jadikan Hawa semasa Nabi Adam sedang tidur adalah kerana Allah tidak mahu Nabi Adam merasa sakit semasa Hawa dicipta untuknya.Hawa dicipta adalah untuk menjadi peneman Nabi Adam dan penyeri serta penyejuk hati dan kehidupannya.

3)manusia terlalu mencintai harta sehingga mereka lupa untuk bersyukur kepada-Nya."harta" di sini membawa dua maksud iaitu kekayaan dan juga ilmu.manusia yg hidup di dunia ini diuji oleh Allah.ada yg diuji dengan kemiskinan dan ada juga yg diuji dengan kekayaan.kekadang kite lihat org tu xpernah mendekatkan diri pd agama, tapi die bole jadi kaya, bole jadi seorang yg bijak dan berilmu.ad jugak kite lihat org tu selalu g masjid,mendekatkan diri kpd Allah tetapi die hidup dalam serbe kekurangan, xbeberapa memiliki ilmu.sebenarnya mereka ini sedang diuji. sesiapa yg memiliki kemewahan tetapi tidak pernah bersyukur kepada Allah, akan digelapkan hatinya dan akan ditempatkan bersama orang2 yang keji.

4)manusia terlalu mencintai kehidupan mereka sehingga melupakan tentang kematian.hal ini berkaitan dengan kesibukkan kite menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. sibuk dengan pekerjaan sehingga melupakan tanggungjawab kite sebagai hamba Allah di muka bumi ini.kite lupa untuk berzikir, memuji Allah.kite terus lalai dalam arus kehidupan dunia semata2 ini.

5)manusia terlalu mencintai dunia dan lupa tentang hari akhirat.manusia sering lupa bahawa dunia ini adalah tumpangan dan akhirat jua lah yang kekal selama2nya.kite lupe tentang azab yang abadi di alam akhirat.kite lupe tentang timbangan amalan, seksaan neraka dan balasan syurga.kite kabur tentang pahala dan dosa dan terus mencintai dunia.

Alhamdulilah, nie la penerangan dalam khutbah yg dapat abg lan dgr pd ari jumaat lepas.
kengkawan msti pernah rase "keinsafan" kan?dan kekadang kengkawan jugak perasan kan yg "keinsafan" itu datang seperti angin, dan hilang seperti angin.
itu menunjukkan iman kite datang dan pergi.itulah pengukuran iman manusia zaman sekarang.
ukurlah iman kengkawan.renungkanlah dimana tahap iman kite sekarang.

sehingga kite bertemu lagi~
=)



Sunday, December 19, 2010

khutbah jumaat 1

assalamualaikum kengkawan
sorry da lame xupdate blog nie.
maklum la cuti n sekarang nie baru masuk sem baru.
agak bz skit la.hihi

arinie abg lan nak berkongsi skit tentang khutbah yg abg lan dgr mase solat jumaat lepas.
jujur cakap abg lan terlambat skit datang coz cadangnye nak gerak ramai2 satu rumah sume.
nak tunggu masing2 siap tu bese la kan.so nak dijadikan cite abg lan datang la lambat skit.
sampai2 jep imam da stat khutbah jumaat.

ustaz pernah cakap, pahala jumaat nie digambarkan terbahagi kepada 3 jenis.
1)jika kita datang sebelum khutbah dimulakan dan sehingga selesai solat jumaat, pahalanya umpama mendapat seekor unta.

2)jika kita datang semasa khutbah dibaca,(xkire la baru stat ke, tengah2 ke),pahalanya umpama mendapat seekor kambing.

3)jika kita datang sesudah khutbah dan hanya sempat solat jumaat berjemaah bersama imam,pahalanya umpama mendapat seekor ayam.

so pade jumaat lepas abg lan dan rakan2 hanya mendapat pahala yg umpamanya mendapat seekor kambing.melepas abg lan nak dapat unta.tp insyaAllah jumaat yg mendatang nie abg lan berniat nak datang awal ke masjid!huhu

ok isi penting khutbah yg sempat abg lan dgr dan hayati adalah kesalahan tentang percintaan manusia.
kesalahan nie terbahagi kepada 6 bahagian:
1)xsempat dgr

2)manusia terlalu cintakan bangunan2 besar sehingge melupakan tentang kubur mereka yg sempit itu.

3)manusia terlalu mencintai sesama mereka sehingga mereka lupa akan cinta mereka kepada-Nya.

4)manusia terlalu cintakan harta sehingge mereka lupa bersyukur kepada-Nya.

5)manusia terlalu cintakan kehidupan sehingga melupakan tentang kematian

6)manusia terlalu cintakan dunia sehingga lupa tentang alam akhirat

agak menarik kan isi2 penting tersebut.
insyaAllah abg lan akan sambung penerangan tentan khutbah tersebut pade entry len k?

sehingge kite bertemu lagi~
=)

Friday, December 3, 2010

announcement!

post selepas entry ini adalah sangat menarik!
jangan lepaskan peluang untuk view ye kengkawan..

sehingge kite bertemu lagi~
=)