Wednesday, January 20, 2010

kekadang kite lupe~

Assalamualaikum kawan2 sume..
hari nie abang lan nak ingatkan kat sume.
kekadang bende nie memang nampak simple tapi sering kali kite terlepas pandang.
kali nie abg lan nak bercerita tentang surah Al-Fatihah
surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

selalukan kite bace Al-fatihah dalam solat 5 waktu sehari semalam yg kite tunaikan.
tapi kat sini abg lan nak kasi sikit tips macam mane kite nak dapat kekhusyukan dalam solat.
salah satu diantaranya adalah menghayati maksud yg terkandung dalam surah Al-Fatihah.
bile kite melafazkan surah ini dalam solat kite,dalam mase yg same,kite melafazkan maksud kalimah Al-Fatihah tersebut di dalam hati.InsyaAllah kite akan dapat kekhusyukan dalam solat.
kawan2 xtau ape terjemahan Al-Fatihah?xpe2,jgn risau.
abg lan akan kongsikan nye bersame2..mari kite same2 hafal dan amalkan tips nie dalam solat kite k? =)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

No comments: