Friday, December 24, 2010

khutbah jumaat 1 (sambungan)

assalamualaikum kengkawan sume.
spt yg dikatakan, dalam entry nie abg lan akan sambung tentang penerangan khutbah yg telah abg lan kongsikan kat entry lepas tu.

1)kite mule dari yg kedua(sebab yg 1st xsempat dgr) dimana ia mengatakan bahawa manusia nie terlalu cintakan bangunan2 yg besar sehingga melupakan kubur mereka yg sempit dan gelap gelita.mereka ini terlalu mengejar keselesaan dunia dengan memiliki rumah2 atau kawasan yg luas untuk kepentingan diri sendiri dan lupe pada pengakhirannya mereka akan ditempatkan didalam kubur.tiada peneman dan penyeri, tetapi didatangkan dengan pengukur segala amalan kita didunia.
digambarkan bahawa dialam kubur,sebelum malaikat mula menyoal 6 soalan, didatangkan kepada kite sesusuk tubuh yang menunjukkan rupa amalan kite didunia ini.cantik rupanye maka baiklah amalan kita dan sebaliknye.

2)seterusnya dikatakan manusia ini terlalu mencintai sesame mereka sehinggakan ia lupe akan cinta kepada-Nya.perkara inilah yg paling kita takuti, iaitu terlalu mencintai manusia, lebih dari kita cintakan Allah S.W.T.
cinta itu fitrah.setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada mencintai dan dicintai sesama mereka.tetapi manusia zaman sekarang ini terlalu taksub dengan perasaan ini sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja demi hubungan sesama mereka itu.mereka sanggup membelakangkan batas2 agama dan juga melupakan cinta mereka kepada Allah S.W.T.
bukan itu sahaja, manusia zaman sekarang sudah mula mencintai sesama jantina dimana wujudnya golongan gay dan lesbian.hal ini 100% telah membelakangi agama Islam yang MENGHARAMKAN hubungan sejenis.
Allah menjadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam semasa baginda sedang lena tidur.kenapa Allah jadikan Hawa semasa Nabi Adam sedang tidur adalah kerana Allah tidak mahu Nabi Adam merasa sakit semasa Hawa dicipta untuknya.Hawa dicipta adalah untuk menjadi peneman Nabi Adam dan penyeri serta penyejuk hati dan kehidupannya.

3)manusia terlalu mencintai harta sehingga mereka lupa untuk bersyukur kepada-Nya."harta" di sini membawa dua maksud iaitu kekayaan dan juga ilmu.manusia yg hidup di dunia ini diuji oleh Allah.ada yg diuji dengan kemiskinan dan ada juga yg diuji dengan kekayaan.kekadang kite lihat org tu xpernah mendekatkan diri pd agama, tapi die bole jadi kaya, bole jadi seorang yg bijak dan berilmu.ad jugak kite lihat org tu selalu g masjid,mendekatkan diri kpd Allah tetapi die hidup dalam serbe kekurangan, xbeberapa memiliki ilmu.sebenarnya mereka ini sedang diuji. sesiapa yg memiliki kemewahan tetapi tidak pernah bersyukur kepada Allah, akan digelapkan hatinya dan akan ditempatkan bersama orang2 yang keji.

4)manusia terlalu mencintai kehidupan mereka sehingga melupakan tentang kematian.hal ini berkaitan dengan kesibukkan kite menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. sibuk dengan pekerjaan sehingga melupakan tanggungjawab kite sebagai hamba Allah di muka bumi ini.kite lupa untuk berzikir, memuji Allah.kite terus lalai dalam arus kehidupan dunia semata2 ini.

5)manusia terlalu mencintai dunia dan lupa tentang hari akhirat.manusia sering lupa bahawa dunia ini adalah tumpangan dan akhirat jua lah yang kekal selama2nya.kite lupe tentang azab yang abadi di alam akhirat.kite lupe tentang timbangan amalan, seksaan neraka dan balasan syurga.kite kabur tentang pahala dan dosa dan terus mencintai dunia.

Alhamdulilah, nie la penerangan dalam khutbah yg dapat abg lan dgr pd ari jumaat lepas.
kengkawan msti pernah rase "keinsafan" kan?dan kekadang kengkawan jugak perasan kan yg "keinsafan" itu datang seperti angin, dan hilang seperti angin.
itu menunjukkan iman kite datang dan pergi.itulah pengukuran iman manusia zaman sekarang.
ukurlah iman kengkawan.renungkanlah dimana tahap iman kite sekarang.

sehingga kite bertemu lagi~
=)



1 comment:

ainur said...

best.best.
lain kali letak lagi ye~ =)